Monday, July 14, 2014

PERUT CEPAT LAPAR? KETAHUI 8 PERKARA BUAT PERUT CEPAT LAPAR

DAH MAKAN BANYAK TAPI MASIH LAPAR LAGI??

Ini memang masalah yang Ibu Izz kerap hadapi nih. Kalau anda nak tahu Ibu Izz memang jenis kuat makan tau. Pantang tengok makanan. Semua nak bedal. Okey kita ikuti coretan tentang isu lapar.

Lapar adalah 1 proses tubuh manusia yang berhubung secara semula jadi terutama apabila perut kita kosong dalam tempoh yang agak lama. Selain daripada perut kita tidak di isi dengan makanan, terdapat beberapa faktor yang boleh membangkitkan rasa untuk makan dalam satu jangka masa yang singkat atau cepat. Faktor-faktor ini juga boleh menggagalkan usaha anda untuk turunkan berat badan, nak kurus nak slim. Jom kita ketahui apakah faktor tersebut...

1. Melihat Gambar Makanan

 

Fuhhh!! yang ini memang tak dinafikan. Ibu Izz sendiri kalau tengok gambara makanan.. aduhaiii kecur liur! Automatik terus rasa nak pergi cari makanan tu. hehe. Gambar aje pon.. tapi kuasa magnetnya mampu membangkitkan rasa lapar. Sebab apa? Sebab otak kita semua ni mempunyai keupayaan untuk bayangkan betapa sedapnya makanan yang dilihat. Kemudian, ia akan berhubung kepada arah anggota tubuh untuk merasainya melalui visual yang diberikan.



2. Aroma Makanan

Tadi kita cuma lihat gambar aje kan? Bagaiamana pula dengan aroma makanan? Perghhh! yang ini lagi cair nafsu diet kita dibuatnya. Sebab bau makanan yang lazat lemak berkrim disuaki ramai tu jika dihidu masuk ke dalam mulut, automatik enzim yang terhasil di dalamnya akan merembeskan air liur sekali gus menerbitkan keinginan untuk merasai makanan tersebut.

3. Warna Makanan



Warna memang memainkan peranan dalam membangkitkan rasa lapar kita terutama warna merah. Kalau anda semua nak tahu, Ibu Izz memang suka warna merah. Banyak koleksi pakaian Ibu Izz berwarna merah. Eh, eh! apa kaitan plak cerita Ibu Izz suka pakai warna merah ni? Ok, berbalik kepada topik makanan, anda semua perasan tak kebanyakan restoran makanan terutama restoran Cina akan mendominasikan warna merah di restoran mereka.

Menurut kepercayaan Feng Shui mereka, warna merah meninggalkan kesan yang positif untuk merangsang nafsu makan. Selain warna merah itu sendiri mempunyai aura tarikan kuat untuk manusia memandang ke arah objek berwarna merah berkenaan.






4. Makanan Tin

Makanan dalam tin ni kalau anda nak tahu, ia mengandungi zat tambahan tertentu yang berupaya membangkitkan rasa lapar. Selain makanan dalam tin, makanan yang diawetkan juga mempunyai kesan yang sama. Kandungan gula dalam makanan tin ini juga antara faktor yang mengaktifkan rasa lapar.

5. Minuman Bergas

Sama seperti makanan dalam tin, minuman bergas punyai kandungan gula yang tinggi yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah sekaligus menyumbang kepada rasa cepat lapar dan keinginan untuk makan lebih banyak.

6. Melewatkan Waktu Sarapan

Ramai yang beranggapan, melewatkan waktu makan sarapan pagi boleh membuatkan mereka kurus dengan cepat. Biar Ibu Izz jelaskan bahawa tanggapan itu adalah SALAH sama sekali. Hakikatnya, menangguhkan sarapan akan mengakibatkan kita akan lebih sensitif dengan godaan makanan dan membuatkan kita akan mengambil jumlah makanan dengan lebih banyak pada waktu siang.

7. Kurang Minum Air

Ibu Izz pasti anda semua tahu yang kita perlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari atau 8 gelas sehari kan? Kurang minum air akan menyebabkan perut kita mudah kejang. Sakit kejang yang dirasakan tu lebih kurang je dengan sakit perut kerana rasa lapar. Jadi, selalulah minum air yang cukup bagi mencegah rasa lapar. Ibu Izz dulu pun memang susah sangat nak minum air putih. Tapi sejak menggunakan Water Pitcher Shaklee, hari-hari Ibu Izz minum banyak. Kalau siang tak kurang dari 2 liter air.



































8. Tekanan

Faktor ini memang berlaku kebanyakan pada kaum wanita, apabila berada dalam situasi tekanan, mereka cenderong untuk makan dengan lebih banyak. Tambahan pula, hormon stress menjadikan metabolisme semakin lambat bertindak seterusnya menaikkan risiko terdedah kepada pertambahan berat badan.

Jadi faktor-faktor kat atas ni, perlulah anda semua ambil perhatian kalau nak elakkan obesiti berlaku secara drastik kepada tubuh anda. Ibu Izz dah tak perlu risau kalau makan banyak, sebab Ibu Izz sekarang dah ambil set penjagaan berat badan serta untuk slim dengan konsisten. Jadi risiko nak gemuk atau obesiti ni rendah lah kepada Ibu Izz. Tambahan pulak, minum air tapisan Water Pitcher Shaklee tu memang menambah selera kita untuk minum air putih dengan banyak. Minum air banyak bagus untuk kulit dan organ utama tubuh kita.

No comments:

Post a Comment