Thursday, July 17, 2014

Diet Harian - Fahami kadar kolestrol dalam makanan


Zaman kini Masyarakat dah semakin bijak mengatur pemakanan yang mereka ambil kerana sedar akan nilai pemakanan yang mereka nikmati. Tapi masih ramai di luar sana yang tidak sedar akan pentingnya pengetahuan mengenai kandungan yang paling digeruni dalam diet harian.

APAKAH HUBUNGAN KOLESTROL PEMAKANAN DAN KOLESTROL DALAM DARAH?



Tahukah anda terdapat dua jenis kolestrol iaitu kolestrol dalam diet dan kolestrol yang mengalir dalam darah? Ramai yang keliru dan kekeliruan ini biasanya wujud apabila nilai kolestrol dilihat sebagai petunjuk kadar risiko kepada penyakit jantung koronari. 

Sebenarnya kolestrol dalam darah dengan kolestrol pemakanan adalah berbeza.
Kolestrol diet atau kolestrol pemakanan diperoleh daripada makanan yang berasal daripada haiwan seperti daging, makanan laut dan telur. Kebanyakan anda ramai yang beranggapan minyak dan lemak kaya dengan kolestrol. Sebenarnya, kolestrol terkandung dalam banyak makanan termasuk yang berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Peratusan kolestrol pemakanan dalam minyak atau lemak paling tepat diukur dengan membandingkannya dengan telur. Sebiji telur bersaiz sederhana menyumbang anggaran 220mg kolestrol. Kolestrol boleh disintesiskan secara tersendiri bagi memenuhi keperluan pembentukan membran, garam hempedu, hormon steroid dan vitamin D.  Ia larut dan memerlukan lemak sebagai agen pembawa.

Jumlah kolestrol makanan yag diambil bukan secara langsung ianya menambah jumlah kolestrol dalam darah bagi kebanyakan orang. Bagi setiap pengambilan 100mg kolestrol makanan, hanya antara 2mg hingga 3mg yang diserap oleh tubuh dan ditambah kepada jumlah kolestrol darah kerana tubuh manusia mempunyai mekanisme menyerap kolestrol dengan sedikit sahaja. Kolestrol yang terdapat dalam tubuh dibina sendiri oleh tubuh. Bagi individu yang ada masalah hormone dan enzim tubuhnya akan memproses kolestrol dengan banyak. Inilah yang menjadi masalah kita. Manakala bagi mereka yang sihat tubuhnya akan membina jumlah kolestrol yang sesuai bagi kegunaan tubuhnya sahaja.

Jumlah kolestrol ini sebaiknya dikekalkan pada paras yang sepatutnya yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana darah yang berterusan di pam oleh jantung mengalir ke seluruh tubuh, membawa nutrien utama dan penting untuk menyenggara dan mengekalkan kehidupan. Oleh itu, peningkatan jumlah kolestrol atau ketidakseimbangan parasnya adalah membahayakan dan boleh menyumbang kepada risiko besar penyakit jantung.

Hubungan 
diantara kolestrol dengan lemak pula dalam diet seharian adalah lebih rumit. Tiada siapa pun yang berani mengatakan perlu dihentikan pengambilan lemak oleh manusia kerana lemak juga punyai fungsi yang tubuh perlukan. Jadi, bersederhana adalah jawapannya dan pemilihan kombinasi lemak yang tepat juga penting kerana pengagihan kolestrol akan berkurangan dengan nyata. Bagi mereka yang memang telah disahkan penghidap sakit jantung adalah lebih baik mengikut nasihat doktor dan elakkan pengambilan makanan berlemak yang kaya dengan kolestrol kerana mekanisme tubuh mereka menerima kolestrol tetapi tidak dapat memprosesnya secara berkesan untuk mengeluarkan kolestrol berlebihan. 

Makanan tambahan atau suplemen yang boleh mengawal kadar kolestrol tubuh juga boleh didapati dan Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik pilihan Ibu Izz kerana ia berfungsi mengawal tekanan darah dan kolestrol serta mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Dengan harganya yang berpatutan amatlah mudah diperolehi oleh semua golongan.


(Omega Guard Shaklee - RM136 sebotol - kandungan 90 biji)
Klik Link untuk anda tempah segera secara online

Oleh itu pembaca sekalian, memang ada keperluan untuk menghadkan penningkatan kolestrol sepanjang kehidupan manusia dengan memilih diet seharian yang betul dan cara hidup yang sihat.



Contact: 
FB page : http://www.facebook.com/izzhealthybeauty
FB         : https://www.facebook.com/nirzw.ana
Whatsapp/call: Ibu Izz 013 341 1169

No comments:

Post a Comment