Friday, July 18, 2014

TIPS MUDAH BERSIHKAN RUMAH KEDIAMAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

okey selalu Ibu Izz share pasal kesihatan dan kecantikan kan kulit kan? Hari ni Ibu Izz nak share tips mudah untuk cantikkan dan bersihkan rumah. Ibu Izz nak share apa yang Ibu Izz dah buat hari ni.. iaitu mengemop lantai rumah mertua dengan 7 bilik tidur, Ruang solat dan ruang makan.. Sangat best dengan pencuci ni. jom baca ni tentang pencuci yang Ibu Izz guna pagi tadi..

Pencuci Organik Basic H2



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

 Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
·       Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
·       Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
·       Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
·       Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
·        Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
·         Dinding
·         Permukaan dapur, jubin dan lantai
·         Peralatan
·         Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
·         Tingkap dan cermin
·         Perkakas
·         Benda-benda diperbuat daripada kayu
·         Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

 Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean atau botol semburan

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean atau botol semburan

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
·         Tidak bertoksik
·         Tanpa gas beracun
·         Tanpa bahan kimia berbahaya
·         Tanpa bahan pewangi
·         Lembut pada tangan
·         pH seimbang
·         Tanpa klorin

Keberkesanan        
·         Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
·         Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
·         Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
·         Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
·         Biorosot
·         Tanpa fosfat
·         Bungkusan yang boleh kitar semula
·         Tanpa bahan pewarna

·         Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Haaaa macam mana? Persiapan raya ni perlu dapatkan ni siapa yang belum ada ni. hahaha. Tak rugi u ols beli ni.. Jimat dan berkesan. Boleh guna untuk basuh bahan mentah untuk masakan juga tau. Siapa yang nak tempah boleh hubungi Ibu Izz ya. 

Thursday, July 17, 2014

Diet Harian - Fahami kadar kolestrol dalam makanan


Zaman kini Masyarakat dah semakin bijak mengatur pemakanan yang mereka ambil kerana sedar akan nilai pemakanan yang mereka nikmati. Tapi masih ramai di luar sana yang tidak sedar akan pentingnya pengetahuan mengenai kandungan yang paling digeruni dalam diet harian.

APAKAH HUBUNGAN KOLESTROL PEMAKANAN DAN KOLESTROL DALAM DARAH?



Tahukah anda terdapat dua jenis kolestrol iaitu kolestrol dalam diet dan kolestrol yang mengalir dalam darah? Ramai yang keliru dan kekeliruan ini biasanya wujud apabila nilai kolestrol dilihat sebagai petunjuk kadar risiko kepada penyakit jantung koronari. 

Sebenarnya kolestrol dalam darah dengan kolestrol pemakanan adalah berbeza.
Kolestrol diet atau kolestrol pemakanan diperoleh daripada makanan yang berasal daripada haiwan seperti daging, makanan laut dan telur. Kebanyakan anda ramai yang beranggapan minyak dan lemak kaya dengan kolestrol. Sebenarnya, kolestrol terkandung dalam banyak makanan termasuk yang berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Peratusan kolestrol pemakanan dalam minyak atau lemak paling tepat diukur dengan membandingkannya dengan telur. Sebiji telur bersaiz sederhana menyumbang anggaran 220mg kolestrol. Kolestrol boleh disintesiskan secara tersendiri bagi memenuhi keperluan pembentukan membran, garam hempedu, hormon steroid dan vitamin D.  Ia larut dan memerlukan lemak sebagai agen pembawa.

Jumlah kolestrol makanan yag diambil bukan secara langsung ianya menambah jumlah kolestrol dalam darah bagi kebanyakan orang. Bagi setiap pengambilan 100mg kolestrol makanan, hanya antara 2mg hingga 3mg yang diserap oleh tubuh dan ditambah kepada jumlah kolestrol darah kerana tubuh manusia mempunyai mekanisme menyerap kolestrol dengan sedikit sahaja. Kolestrol yang terdapat dalam tubuh dibina sendiri oleh tubuh. Bagi individu yang ada masalah hormone dan enzim tubuhnya akan memproses kolestrol dengan banyak. Inilah yang menjadi masalah kita. Manakala bagi mereka yang sihat tubuhnya akan membina jumlah kolestrol yang sesuai bagi kegunaan tubuhnya sahaja.

Jumlah kolestrol ini sebaiknya dikekalkan pada paras yang sepatutnya yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana darah yang berterusan di pam oleh jantung mengalir ke seluruh tubuh, membawa nutrien utama dan penting untuk menyenggara dan mengekalkan kehidupan. Oleh itu, peningkatan jumlah kolestrol atau ketidakseimbangan parasnya adalah membahayakan dan boleh menyumbang kepada risiko besar penyakit jantung.

Hubungan 
diantara kolestrol dengan lemak pula dalam diet seharian adalah lebih rumit. Tiada siapa pun yang berani mengatakan perlu dihentikan pengambilan lemak oleh manusia kerana lemak juga punyai fungsi yang tubuh perlukan. Jadi, bersederhana adalah jawapannya dan pemilihan kombinasi lemak yang tepat juga penting kerana pengagihan kolestrol akan berkurangan dengan nyata. Bagi mereka yang memang telah disahkan penghidap sakit jantung adalah lebih baik mengikut nasihat doktor dan elakkan pengambilan makanan berlemak yang kaya dengan kolestrol kerana mekanisme tubuh mereka menerima kolestrol tetapi tidak dapat memprosesnya secara berkesan untuk mengeluarkan kolestrol berlebihan. 

Makanan tambahan atau suplemen yang boleh mengawal kadar kolestrol tubuh juga boleh didapati dan Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik pilihan Ibu Izz kerana ia berfungsi mengawal tekanan darah dan kolestrol serta mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Dengan harganya yang berpatutan amatlah mudah diperolehi oleh semua golongan.


(Omega Guard Shaklee - RM136 sebotol - kandungan 90 biji)
Klik Link untuk anda tempah segera secara online

Oleh itu pembaca sekalian, memang ada keperluan untuk menghadkan penningkatan kolestrol sepanjang kehidupan manusia dengan memilih diet seharian yang betul dan cara hidup yang sihat.



Contact: 
FB page : http://www.facebook.com/izzhealthybeauty
FB         : https://www.facebook.com/nirzw.ana
Whatsapp/call: Ibu Izz 013 341 1169

Monday, July 14, 2014

PERUT CEPAT LAPAR? KETAHUI 8 PERKARA BUAT PERUT CEPAT LAPAR

DAH MAKAN BANYAK TAPI MASIH LAPAR LAGI??

Ini memang masalah yang Ibu Izz kerap hadapi nih. Kalau anda nak tahu Ibu Izz memang jenis kuat makan tau. Pantang tengok makanan. Semua nak bedal. Okey kita ikuti coretan tentang isu lapar.

Lapar adalah 1 proses tubuh manusia yang berhubung secara semula jadi terutama apabila perut kita kosong dalam tempoh yang agak lama. Selain daripada perut kita tidak di isi dengan makanan, terdapat beberapa faktor yang boleh membangkitkan rasa untuk makan dalam satu jangka masa yang singkat atau cepat. Faktor-faktor ini juga boleh menggagalkan usaha anda untuk turunkan berat badan, nak kurus nak slim. Jom kita ketahui apakah faktor tersebut...

1. Melihat Gambar Makanan

 

Fuhhh!! yang ini memang tak dinafikan. Ibu Izz sendiri kalau tengok gambara makanan.. aduhaiii kecur liur! Automatik terus rasa nak pergi cari makanan tu. hehe. Gambar aje pon.. tapi kuasa magnetnya mampu membangkitkan rasa lapar. Sebab apa? Sebab otak kita semua ni mempunyai keupayaan untuk bayangkan betapa sedapnya makanan yang dilihat. Kemudian, ia akan berhubung kepada arah anggota tubuh untuk merasainya melalui visual yang diberikan.



2. Aroma Makanan

Tadi kita cuma lihat gambar aje kan? Bagaiamana pula dengan aroma makanan? Perghhh! yang ini lagi cair nafsu diet kita dibuatnya. Sebab bau makanan yang lazat lemak berkrim disuaki ramai tu jika dihidu masuk ke dalam mulut, automatik enzim yang terhasil di dalamnya akan merembeskan air liur sekali gus menerbitkan keinginan untuk merasai makanan tersebut.

3. Warna Makanan



Warna memang memainkan peranan dalam membangkitkan rasa lapar kita terutama warna merah. Kalau anda semua nak tahu, Ibu Izz memang suka warna merah. Banyak koleksi pakaian Ibu Izz berwarna merah. Eh, eh! apa kaitan plak cerita Ibu Izz suka pakai warna merah ni? Ok, berbalik kepada topik makanan, anda semua perasan tak kebanyakan restoran makanan terutama restoran Cina akan mendominasikan warna merah di restoran mereka.

Menurut kepercayaan Feng Shui mereka, warna merah meninggalkan kesan yang positif untuk merangsang nafsu makan. Selain warna merah itu sendiri mempunyai aura tarikan kuat untuk manusia memandang ke arah objek berwarna merah berkenaan.






4. Makanan Tin

Makanan dalam tin ni kalau anda nak tahu, ia mengandungi zat tambahan tertentu yang berupaya membangkitkan rasa lapar. Selain makanan dalam tin, makanan yang diawetkan juga mempunyai kesan yang sama. Kandungan gula dalam makanan tin ini juga antara faktor yang mengaktifkan rasa lapar.

5. Minuman Bergas

Sama seperti makanan dalam tin, minuman bergas punyai kandungan gula yang tinggi yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah sekaligus menyumbang kepada rasa cepat lapar dan keinginan untuk makan lebih banyak.

6. Melewatkan Waktu Sarapan

Ramai yang beranggapan, melewatkan waktu makan sarapan pagi boleh membuatkan mereka kurus dengan cepat. Biar Ibu Izz jelaskan bahawa tanggapan itu adalah SALAH sama sekali. Hakikatnya, menangguhkan sarapan akan mengakibatkan kita akan lebih sensitif dengan godaan makanan dan membuatkan kita akan mengambil jumlah makanan dengan lebih banyak pada waktu siang.

7. Kurang Minum Air

Ibu Izz pasti anda semua tahu yang kita perlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari atau 8 gelas sehari kan? Kurang minum air akan menyebabkan perut kita mudah kejang. Sakit kejang yang dirasakan tu lebih kurang je dengan sakit perut kerana rasa lapar. Jadi, selalulah minum air yang cukup bagi mencegah rasa lapar. Ibu Izz dulu pun memang susah sangat nak minum air putih. Tapi sejak menggunakan Water Pitcher Shaklee, hari-hari Ibu Izz minum banyak. Kalau siang tak kurang dari 2 liter air.



































8. Tekanan

Faktor ini memang berlaku kebanyakan pada kaum wanita, apabila berada dalam situasi tekanan, mereka cenderong untuk makan dengan lebih banyak. Tambahan pula, hormon stress menjadikan metabolisme semakin lambat bertindak seterusnya menaikkan risiko terdedah kepada pertambahan berat badan.

Jadi faktor-faktor kat atas ni, perlulah anda semua ambil perhatian kalau nak elakkan obesiti berlaku secara drastik kepada tubuh anda. Ibu Izz dah tak perlu risau kalau makan banyak, sebab Ibu Izz sekarang dah ambil set penjagaan berat badan serta untuk slim dengan konsisten. Jadi risiko nak gemuk atau obesiti ni rendah lah kepada Ibu Izz. Tambahan pulak, minum air tapisan Water Pitcher Shaklee tu memang menambah selera kita untuk minum air putih dengan banyak. Minum air banyak bagus untuk kulit dan organ utama tubuh kita.

Sunday, July 13, 2014

AWAS! PRODUK SHAKLEE TAK SELAMAT?

PRODUK SHAKLEE TAK SELAMAT? Eh biar betul!!

Salam Sejahtera semua... hurmmm lama dah Ibu Izz tak update blog. Ada beberapa urusan yang perlu diberi fokus kebelakngan ni. So, hari ni Ibu Izz nak share dengan semua...

Ibu Izz ada bertemu dan beri khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan-pertanyaan pelanggan Ibu Izz tempohari. Dia kata selamat ke produk shaklee ni? So, Ibu Izz jawab, Jangan makan kalau rasa tak selamat atau was-was lagi. Produk Shaklee ni memang tak selamat!

Betul, ia boleh jadi tak selamat kalau si pengambilnya MENGAMBIL DOS YANG BERLEBIHAN dan MAKAN TIDAK IKUT PERATURAN serta tidak minum air yang mencukupi untuk tubuh kita. Mungkin boleh menyebabkan masalah lain pula yang timbul.

Ibu Izz memang sejak mula consume suplemen Shaklee ni sampailah sekarang, sejak dari belum mengandung, dah mengandung, melahirkan anak smpai lah dah habis pantang pun sekarang, Ibu Izz tak meragui produk ni sebab memang terbukti berkesan dengan keperluan Ibu Izz. Kebanyakan mereka teruja nak tahu kenapa Ibu Izz pilih produk Shaklee ni.

Kenapa Shaklee?



Kerana Shaklee diperkaya dengan bahan alam semulajadi dan Shaklee Corp. percaya  alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat lebih panjang. Justeru, Shaklee sentiasa memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, anda juga pelu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk. Tiga perbezaan Shaklee dengan produk-produk kesihatan lain diluar sana:-
1

 Sentiasa Selamat 

Keselamatan amat pentig di Shaklee dan standard Shaklee tiada bandingannya. Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan Shaklee  menjalakan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun  bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar

Sentiasa Berkesan


Shaklee Corp. bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan. Ia terbukti daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang plaing halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

Bukan itu sahaja, malah bukti yang jelas lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.

Sentiasa Mesra Alam

 Selama lebih daripada 55 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daipada pencuci  biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama didunia yang diiktiraf sebagai Climate Natural bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee juga bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan juga bumi kita.

So, pelanggan-pelanggan Ibu Izz diluar sana… masih ragu-ragu nak ambil suplemen Shaklee? 

Jangan risau kerana jawapan Ibu Izz di atas tadi adalah jaminan dari Shaklee 100%!!
Tingkatkan kesihatan anda mulai sekarang. Nak Tanya lebih lanjut dengan Ibu Izz boleh PM FB Ibu Izz : Nirzw Ana atau ‘Like’ Page Izz Healthy Beauty.

Thursday, July 10, 2014

TURUN BERAT BADAN DALAM MASA 13 HARI

TURUN 2 KG DALAM MASA 13 HARI!!

MACAM MANA?

Salam sayanag semua...

Hari ni Ibu Izz nak ingatkan semua yang Muslim, kita dah pun masuk Ramadhan Fasa ke 2.. Jadi moga kita semua tingkatkan amalan Ibadah kita. Marilah kita buat solat sunat taubat dan memanjatkan doa kepada Allah moga diampunkan dosa-dosa kita sebelumnya... Semoga Allah menerima segala Ibadah kita. Amin...

Hari ni Ibu Izz happy sangat!!!... Nak tahu kenapa?? Sebab lepas sahur tadi.. siap berwuduk nak tunggu waktu tunaikan solat subuh.. Ibu pergi ambil timbang berat dan timbanglah kann... Terkejut sebab tak sangka! Turun 2 kg lagi!!


IBU IZZ AMBIL -  ALFAFA + LECITHIN + HERB LAX + CHINCH SHAKE PERISA COKLAT

"Alah!.. 2Kg tu sikit sangattt.. esok lusa naik 4 Kg!! takde maknanya slim!"
ada suara-suara hasutan di luar sana tu tuju pada Ibu Izz...


Gambar: Slim VS 6 Pack depan belakang (berlapis-lapis perut dan lemak)

Biarlah apa orang nak kata kan... yang penting Ibu Izz dah mula ambil secara konsisten Alfafa + Lecithin + Herb Lax + Chinch Shake. Masa buka makan macam-macam.. yang berlemak yang bergoreng berminyak.. yang manis nye bukan main.. tapi dengan ada set slimming shaklee Ibu Izz tak risau lagi dah.. sebab ia terbukti!! hari ni turun 2KG.. 2 Minggu lagi Turun 2Kg lagi! Yang cakap tapi tak cuba.. Tak ada bukti kan? so Ada Ibu Izz Kisah?? heheheh

Time buka puasa sedap minum ais kan... tak apa.. kamu semua boleh ambil tips cara yang betul pengambilan Set Slimming dengan Ibu Izz. Call/Whatsapp Ibu Izz anytime Ibu bantu yang nak target buang lemak-lemak dan nak slim melim tu ya!


Antara Testimoni Pelanggan Shaklee : Herb Lax dan Lecithin

Antara Testimoni Pelanggan Shaklee : Lecithin + Herb Lax + Alfafa + Omega Guard + ESP

Pembaca yang Nak order Online sendiri boleh klik Butang E-Sell Ibu Izz di blog Nirzwana Healthy Beauty -  Slimming Set  atau untuk bantuan contact Ibu Izz 013-3411169 dan di Fb Page Izz Healthy Beuaty



Friday, July 4, 2014

JERAWAT BADAN - petua dan bagaimana nak hilang kan??

EEeeeeiiiiii!!...  JERAWAT DI BADAN??

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua anda di luar sana…

Ok hari ni Ibu Izz nak cerita tentang topik Jerawat. Siapa yang tak tahu apa tu Jerawat? Semua u ols tahu kan jerawat tu apa? dan macam-macam jenis.  Ada yang jerawat halus orang gelar jerawat pasir, jerawat yang besar-besar dan bengkak pula orang gelar jerawat batu dan ada jerawat yang bernanah. Itu semua masalah kulit yang menghantui setiap penghidapnya kan?

Tambah mengerikan lagi kalau jerawat tersebut meninggalkan parut-parut yang tebal atau berwarna gelap dan sukar hilang di wajah kamu semua. Kerana itu juga aka nada rasa rendah diri timbul pada diri anda dan lebih teruk lagi TIADA KEYAKINAN DIRI untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tapi kali ni, Ibu Izz bukan nak cerita tentang jerawat di wajah tau u ols. Ibu Izz nak kongsikan cerita tentang JERAWAT  DI BADAN.  Sebenarnya kan Ibu Izz ada interview beberapa kenalan Ibu Izz tentang isu jerawat di badan ni yang kebiasaannya tumbuh di belakang badan. Rata-rata mereka ada yang menghadapi masalah ini tetapi tidak begitu mengambil berat untuk mengatasinya. Nak tahu kenapa?

(Gambar hanyalah sekadar hiasan)


Antara Sebab-sebabnya mereka rasa ia tak penting sebab di badan kan… siapa yang akan Nampak.. ia memang betul juga… dan Ibu Izz bertanya ringkas “tak mahu langsung ambil tahu cara atasi sedangkan memang ada cara mudah selesaikan jerawat di badan tu?”  Serta –merta jawapan yang Ibu Izz terima…mereka sebenarnya bukan tak mahu atasinya tetapi mereka TAK TAHU BAGAIMANA CARANYA.

Okey di sini Ibu Izz kongsikan dengan u ols apa yang Ibu Izz kongsikan dengan kenalan Ibu Izz tadi tentang cara atasi masalah jerawat di badan tu. Apa yang Ibu Izz kongsikan ini sebenarnya dari pengalaman Ibu Izz sendiri tau. Ibu Izz pun adalah salah seorang yang hadapi masalah jerawat di badan sejak umur 16 tahun. Ya, di bangku sekolah menengah lagi. Cuma pada masa tu Ibu Izz tak hiraukan sangat sebab Cuma sedikit je yang tumbuh dan halus-halus. Tumbuh pun waktu datang bulan dan kemudian hilang. Tapi Ibu Izz sedar ia jadi lebih kronik sejak Ibu Izz berumur 20an, ia menjadi tumbuh lebih banyak dan meninggalkan parut berwarna gelap. Kemudian tumbuh lagi dan lagi dan lagi sehingga parut-parut tersebut jadi merata banyaknya. Macam-macam produk tau Ibu Izz guna untuk hilangkannya. Tapi tak berhasil dan kesudahannya Ibu Izz biarkan aje dengan berkata “alah biarlah. Bukan orang nampak pun kan…sebab kat badan” (Ayat nak sedapkan hati dan pujuk diri sendiri).

Dipendekkan cerita setelah Ibu Izz berkahwin pun masalah tu tak berubah. Ia masih kekal tumbuh sekejap hilang dan sekejap tumbuh. Dan parut yang lama tak hilang lagi tumbuh pula yang baru. Aduhai… (mengeluh juga). Tapi keluhan itu hilang selepas Ibu Izz mengambil set kesihatan sejak melahirkan cahaya mata pertama penghujung Disember 2013 yang lalu. Apa set kesihatan yang Ibu Izz amalkan? 


SET KECANTIKAN KULIT 




Rasa gembira memang tak dapat digambarkan apabila tanpa Ibu Izz sedar masalah jerawat di badan yang sekian lama sukar di hilangkan tu… pulih seperti yang diharapakan bertahun sebelum mendirikan rumahtangga lagi. Paling ketara, parut-parut jerawat tersebut mula pudar dan kini hilang. Malah jerawat itu sendiri dah tak tumbuh lagi kat badan ibu Izz. Tiap hari Ibu Izz akan ambil ESP 1 scop dicampur dengan air horlick sebelum sarapan pagi. Kemudian sesudah sarapan Ibu Izz akan amil sebiji Vitamin C dan Vitamin B. sebelum tidur pula Ibu Izz akan mengambil sebiji Vitamin E. Ibu Izz amalkan setiap hari sejak semingu berpantang sehingga hari ini. Konsisten sehingga hari ini tau.

Nak tahu khasiat set kesihatan dan kecantikan kulit yang Ibu Izz ambil macam dalam gambar di atas ni? Sila klik Link ni http://nirzwana.blogspot.com/2014/07/set-sihat-cantik.html 

Pada anda yang ingin mendapatkan set ini boleh klik butang "TEMPAH SEKARANG"

Untuk pertanyaan dan konsultansi percuma boleh hubungi Ibu Izz di FB: Nirzw Ana atau ‘Like’ di FanPage : Izz Healthy Beauty dan SMS/WhatsApp di 013-3411169

Tempahan dan edaran dibuat terus ke rumah anda!! 

Thursday, July 3, 2014

Kulit bermasalah Vs Set Kecantikan Shaklee

 Khasiat-khasiat Set Kesihatan untuk Kecantikan Shaklee


Ramai pelanggan tanya Ibu Izz apa set yang Ibu Izz ambil untuk penjagaan dalaman kulit Ibu Izz. Okey, ini lah dia....Set  Kecantikan yang IBu Izz amalkan secara berterusan (consistent) ini merangkumi produk-produk berikut:-

1. Energizing Soy Protien (ESP)


                                                              TEMPAH ESP SEKARANG!!!


ESP merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadai rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Protien berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung, mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormone yang teratur. Paras glisemik yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal. Selain itu ia membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

2. Vitamin C (Sustained Release Vita-C500 mg)




Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa lima jam.
Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang otot dan pembuluh darah

3. Vitamin B-Complex




Shaklee Vitamin B Complex mengandungi  kombinasi kesemua Vitamin B hebat. Vitamin B penting untuk kesihatan yang baik. Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, pengambilan alcohol dan preskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan dan penyaluran tenaga bagi proses metabolism.
Vitamin B lengkap mengandungi  kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutiri vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

4. Vitamin E complex





Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, otak, kolon, protat dan sistem imun. Ia merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan organ utama tubuh manusia. Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

untuk tempahan anda boleh klik butang "Tempah Sekarang" di setiap gambar atau PM/Call Ibu Izz 013-3411169